Pages

Saturday, September 10, 2011

ikhlaskah aku?

Alhamdulillah, petang sabtu nie ada kesempatan untuk share 1 hadith yang menarik bagi ana untuk dikongsikan. Ana petik dari buku Tanbihul Ghafilin (peringatan bagi yang lupa) yang ana beli setahun yang lepas...

Abu Laits berkata : saya telah mendengar cerita dari beberapa ulama dengan sanad mereka yang langsung dari Uqbah bin Muslim dari Samir al-Ashbahi berkata: Bahawa ia ketika masuk ke kota Madinah melihat seorang yang dikerumuni orang banyak, lalu saya bertanya: siapakah orang itu? Jawab orang-orang: Itu Abu Hurairah r.a. Maka saya mendekatkepadanya: saya tuntut engkau Allah ceritakan kepadaku Hadith yang telah kau dengar dan kau ingatlangsung dari Rasulullah s.a.w. Abu Hurairah r.a berkata: Duduklah akan saya ceritakan kepadamu hadith yang saya sendiri mendengar dari Rasulullah s.a.w. yang waktu itu tidak ada orang lain bersama kami, kemudian setelah sedar dan mengusap mukanya berkata: Akan saya ceritakan kepadamu Hadith Rasulullah s.a.w. kemudian menarik nafas dan langsung pengsan kemudian setelah sedar dan mengusap mukanya dan berkata: Saya akan menceritakan kepadamu hadith Rasulullah s.a.w. kemudian ia menarik nafas berat dan pengsan agak lama kemudian sedar dan mengusap mukanya, lalu berkata: Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

Apabila hari kiamat maka Allah akan menghukum di antara semua makhluk dan semua umat bertekuk lutut, dan pertama yang dipanggil ialah orang yang mengerti al-Quran, dan orang yang mati fisabilillah, dan orang kaya. Maka Allah menanya kepada orang yang pandai al-Quran: Tidaklah Aku telah mengajarkan kepadamu apa yang Aku turunkan kepada utusan-Ku? Jawab orang itu: Benar ya Tuhanku: Lalu kau berbuat apa terhadap apa yang telah engkau ketahui itu? Jawabnya: Saya telah mempelajarinya di waktu malam dan mengerjakannya di waktu siang. Firman Allah: Dusta engkau, malaikat juga berkata: Dusta engkau, sebaliknya kau hanya ingin disebut qari' ahli dalam al-Quran, dan sudah disebut yang demikian itu. Lalu dipanggil orang yang kaya dan ditanya: Engkau telah berbuat apa terhadap harta yang Aku berikan kepadamu? Jawabnya: saya telah gunakan untuk membantu keluarga kerabat, dan bersedekah. Di jawab oleh Allah: Dusta engkau, juga para malaikat berkata: Dusta engkau. engkau berbuat itu hanya ingin disebut dermawan (bermurah hati), dan sudah terkenal sedemikian. Lalu dihadapkan orang yang mati berjihad fisabilillah ditanya: Kenapa engkau terbunuh? Jawabnya: Saya telah berperang untuk menegakkan agama-Mu sehingga terbunuh. Allah berfirman: Dusta engkau, dan malaikat juga berkata: Dusta engkau. engkau hanya ingin disebut pahlawan yang gagah berani dan sudah disebut sedemikian.

Kemudian Nabi s.a.w memukul lututku (pahaku) sambil bersabda: Hai Abu Hurairah r.a, ketiga orang itulah yang pertama-tama yang dibakar dalam api neraka pada hari kiamat. Kemudian berita itu sampai kepada Mu'awiyah maka ia menangis dan berkata: Benar sabda Allah dan Rasulullah s.a.w kemudian ia membaca ayat 15-16 surah Hud

مَنْ كَانَ يُرِيدُ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا وَزِينَتَهَا نُوَفِّ إِلَيْهِمْ أَعْمَالَهُمْ فِيهَا وَهُمْ فِيهَا لَا يُبْخَسُونَ
ولَئِكَ الَّذِينَ لَيْسَ لَهُمْ فِي الْآخِرَةِ إِلَّا النَّارُ وَحَبِطَ مَا صَنَعُوا فِيهَا وَبَاطِلٌ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَO

maksudnya: Siapa yang niat dengan amal hanya semata-mata keduniaan dan keindahannya maka Kami akan memberi kepada mereka semua amalnya, dan mereka di dunia tidak akan dikurangi (dirugikan). (15) Mereka itulah yang tidak mendapat di akhirat kecuali api neraka, dan gugur semua amal mereka itu, bahkan palsu semua perbuatan mereka itu.(16)

Adakah apa yang kita lakukan selama ini dilakukan secara ikhlas? Sama2 kita refresh diri kita bersama agar dengan hadith yang ana share kan nie sedikit sebanyak dapat memuhasabah diri kita yang ketandusan tazkirah( peringatan). Apa yang pasti, setiap apa yang kita lakukan dan miliki akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak...

Friday, September 9, 2011

kenapa Allah jadikan neraka?


Ini kisah benar.. Kisah seorang gadis Meayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama.

Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Saya tidak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan.

Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di sebuah pasaraya telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.

Maka dia pun kena denda.

Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "lepas ini diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan.

Peraturan ni bukan semata-mata peraturan Majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga.

Kalau derhaka tidak mematuhi perintahNya, takut nanti tidak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah.

Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tidak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka?

Kenapa tidak sediakan syurga sahaja? Macam itu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia sudah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz. Sudah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia.

Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz.

Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.

Hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga.

Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur.

Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga. Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:

"Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga.

Maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma.

Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga. Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga.

Selepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak. Tak ada siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'.

Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" Tanya ustaz.

"Mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas macam tu je." Rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:

"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil.

Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain.

Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji di atas dunia ni.

Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan hak kita untuk berpakaian sesuka hati kita.

Ingatlah, semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian.

Semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita juga