Pages

Wednesday, July 27, 2011

baitul muslim


Alhamdulillahi robbil 'alamin... betapa nikmat hidup ini sangat banyak...betapa sedikitnya ana bersyukur dengan nikmat yang dapat dilihat jua yang tidak dapat dilihat secara terus. Namun, setiap pagi, rutin di raudhatul mahabbah tidak berubah dengan bermulanya qiamullail, solat subuh,bacaan ma'thurat jamaie dan tazkirah pagi..

Kebetulan ummi maudah bersama-sama kami pagi tadi. Juga kebetulan slot tazkirah pada hari ini ialah slot keluarga. Makanya, kami berbesar hati untuk mendengar pengisian dari ummi yang jarang-jarang dapat bersama-sama kami. Ummi kemudiannya menyambut baik permintaan kami untuk mendengar nasihat dan pesanannya...

Firstly, ummi pesan, kalu orang tu ( calon teman hidup kita, kalu ada) dah nyatakan kesudiannya untuk jadikan kita sebagai isterinya, maknanya dia memang dah suka kat kita. Oleh itu, tak perlulah risau dan sentiasa menunggu bukti-buktinya. Sebelum berkahwin, kita ni perlu sangat-sangat menjaga hubungan yang masih belum halal tu. Kalau boleh, janganlah bercinta yang boleh menjadikan kita zina hati, sebab memang akan effect pada hasil perkahwinan kita nanti.

Ummi maudah sharelah macam mana beliau bercinta dengan husband beliau. Wah, memang susah nak jumpa pasangan macam ni. Ummi ceritalah masa sebelum kahwin dulu, ummi dan bakal suaminya memang sangat-sangat merindui satu sama lain. Sangat-sangat! bakal suami ummi tulis surat cinta dan nak hantar pada ummi untuk nyatakan apa yang sedang dirasainya. Tapi demi menjaga perhubungan itu, bakal suami ummi ketika itu tak hantar pun sampailah akad nikah. Bila dah sah jadi suami isteri, barulah suami ummi bagi semua surat-surat yang dikumpulkan hasil tak jadinya nak hantar kepada ummi.

Ummi cerita juga, pengalamannya mendengar luahan para isteri yang tak tahan dengan sikap suami dan sebagainya. Bila ditelusuri, rupanya mereka bercinta sebelum berkahwin. Teringat pula ana pada ustazah rosma ketika ana belajar di matrik pahang dulu. Ustazah pernah pesan, bercinta sebelum kahwin ni, Allah swt akan balas kat dunia lagi yakni dengan gejolak rumah-tangga. Allah akan uji dengan ketidakpercayaan kita pada suami atau isteri kita. Yelah, kalau pada yang belum halal pun suami/isteri dah boleh bagi kasih sayang macam tu aje, no wonder suami/isteri tu akan melakukan hal yang sama after married kan?

Ummi jugak pesan, jaga hati elok-elok, paling penting hubungan kita dengan Allah swt. Sepatutnya kita lebih mengejar cinta Ilahi berbanding cinta sesama manusia kan? Pabila Allah mencintai seseorang hamba tu, seluruh makhluk akan mencintai diri hamba tersebut. Wah! alangkah bahagianya...

Dari pesanan ummi, ana berharap sangat kita semua mampu menjaga hati yang sememangnya susah untuk dijaga. Didik hati dengan zikir kepada Allah swt sebanyak-banyaknya. Perkahwinan juga merupakan pintu untuk lebih dekat kepada-Nya dan bukan lebih menjauh daripadanya...

Ana doakan pada mereka yang bakal mendirikan 'masjid', barakallahu laka wabaraka 'alaik. Semoga perkahwinan yang dibina mendapat barakah. ameen

No comments:

Post a Comment